Pagi ni lepak-lepak..aku sempat baca suratkhabar metro. Hmm..frontpage story is about akhil hayy..heh~i dont give a damn about his story pon...but the one that caught my attention is about an old pedestrian's death while crossing a road near Pasar Borong Selayang. It was such a tragic death indeed...tubuh mangsa lumat digilis kereta. Ish, ngeri..ngeri!
Here's the news extracted from Metro Online. Difahamkan ada jejantas sebenarnye di tempat kejadian. I have to admit, me myself pon sometimes malas nak guna jejantas. I guess this news is one good lesson for me and for all out there who fails to observe the safety measures. Mungkin hari ni tak kena esok lusa terkena...so better be careful from now on. Actually aku dulu penah accident masa melintas jalan near lrt damai,kl. Masa tu jejantas takde tapi lintasan zebra ade...aku tak gune pon. So masa melintas, i only managed to cross halfway thru...jadi bila dah berdiri tengah jalan di tgh jalan yg sesak tau2 jelah...nak ke belakang tak bole ke depan lagi tak bole. Mamat yang langgar aku bwk motor...dia perasan aku kat tgh tu....tapi aku tatau la..high kot pepagi bute...bole die langgarnye aku...huhh~ Mujur, aku terjatuh je...alhamdulillah terselamat drp perkara yg tak diingini...dahla tinggal berapa bulan je lagi nak kawen masa tu.
Apapun, ucapan takziah buat keluarga mangsa.
Tubuh lumat kena lenyek
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my
anbia@hmetro.com.my
GOMBAK: Mengerikan apabila seorang wanita warga emas yang cuba melintas jalan digilis puluhan kereta hingga tubuhnya hancur dan menjadi daging lumat sekelip mata.
Lebih menyedihkan apabila tubuh mangsa yang putus seperti kepala, tangan dan kaki berselerakan di atas jalan hingga menyebabkan polis trafik terpaksa mengutip dan mengumpulnya.
Tugas mengutip cebisan mayat berkenaan terpaksa dilakukan dalam hujan lebat selain dihambat kesesakan lalu lintas.
Sumber polis berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam tujuh pagi semalam, apabila mangsa cuba melintas jalan berhampiran jejantas pejalan kaki di Pasar Borong Selayang arah ke Rawang, di sini. Menurutnya, mangsa yang enggan menggunakan jejantas berhampiran sanggup mempertaruhkan nyawanya melintas jalan raya terbabit walaupun menyedari laluan terbabit sedang sibuk dengan kenderaan.
“Bagaimanapun ketika cuba melintas jalan, mangsa dipercayai dirempuh sebuah kenderaan sebelum terpelanting atas jalan raya. Berikutan itu mangsa digilis oleh beberapa kenderaan lain yang gagal mengelak dari arah belakang.
“Berdasarkan siasatan awal, polis percaya mangsa turut dirempuh oleh lori mengakibatkan badannya putus. Malah mangsa turut diseret beberapa kenderaan lain sejauh lebih 20 meter,” katanya.
Menurutnya, mayat mangsa ditemui dalam keadaan hancur pada bahagian kepala selain putus kedua-dua kaki. Malah ketika ditemui mangsa dalam keadaan sudah tidak berpakaian.
“Keadaan tubuh mangsa yang berkecai menyebabkan polis sukar mengenal pasti identitinya. Bagaimanapun polis menemui kad pengenalan milik seorang wanita bernama Lee Ghee Heong, 76, beralamat di Lampung Lal Singh, Kuala Kangsar, Perak.
“Susulan kejadian itu, polis trafik mengambil masa kira-kira setengah jam bagi mengutip dan mengumpul sisa cebisan mayat mangsa yang berteraburan di sepanjang jalan berkenaan,” katanya.
Difahamkan, kejadian kemalangan itu turut menyebabkan laluan jalan raya sesak sepanjang hampir dua kilometer. Cebisan mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.
Menurutnya, polis sehingga kini masih cuba mengesan beberapa kenderaan yang dipercayai terbabit dalam kemalangan ngeri itu.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan ngeri itu diminta menghubungi polis atau talian RakanCop 03-21159999 untuk membantu siasatan lanjut.
Huhu. kesiannya.. tapi, nyonya tu nampaknya memang membahayakan diri die sendiri. dah la kl.. banyak kete, pukul 7 pagi pulak. jalan mesti tengah gelap jugak lagi. kerajaan dah buat jenjantas tu, maknanya kawasan tu memang tak selamat nak melintas. huhu :(
ReplyDeletetakziah buat keluarga si mati.
tulaa...seriau darah bace berita yg tragik camni...mintak dijauhkan la. Pasni takmo lagi main lintas jalan sesuke ati...huhu~
ReplyDelete