Saturday, September 19, 2009

Salam Aidilfitri

Alhamdulillah...hari ni genap sebulan umat islam menunaikan ibadah puasa. Aku ingat tahun ni puasa aku penuh...tup..tup aiseh, bendera merah 3 hari sebelum genap sebulan berpuasa. Okla jugak, bole la aku merasa lauk preparation utk raya. Takde la lauk ape sangat sebab mak aku dah siap masakkan...aku intend nak buat rendang kerang...cubaan pertama ye! Tahun ni tema kami sekeluarga warna coklat. Aku nye coklat agak lari sket daripada papa dgn faris. Tapi dah beli kan...bedal jelaa. Insyallah raya pertama kami akan pulang ke Putrajaya...moga2 meriah la sebab tahun ni sume abang2 aku sepakat balik raya dengan mak...hehehe~Then maybe berangkat ke rumah mak mertua aku. Jadual seterusnya...ditentukan kemudian je.

Aku dikira beruntung jugak sebenarnya... walaupun saudara mara tak ramai, adik beradik aku masih kukuh jalinan persaudaraan. Bila usia makin meningkat... aku makin paham kenapa perlu ada sifat bertolak ansur dan menjaga perasaan sesama manusia. Eventhough macam2 dah jadi dalam hidup aku dan keluarga aku anggap ini semua satu dugaan yang mengajar aku erti kehidupan. Nak2 bila dah berumahtangga, banyak hati yang perlu dijaga. Semakin lama aku rasa aku dah bukan budak2 macam dulu...yang buat apa yang aku suka, berat tangan dan berat mulut nak beramah dengan orang. Rasa macam makin dewasa pulak...hehe....walhal bukan memang dah dewasa ke?

Sempena dengan syawal yang bakal tiba...aku menyusun sepuluh jari memohon kemaafan andai kata ada tersalah kata dan bahasa atau teiba aku melazer ke...maapkan ye! aku ni manusia biasa yang tak lari daripada kesilapan.

Semoga syawal yang tiba disambut dengan kesederhanaan dan penuh keinsafan.


Salam Ikhas,


Mrs. Marine, Mahathir dan Faris

1 comment:

  1. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin juga.
    Ikhlas dari :
    ~thalhazlin~

    ReplyDelete