Thursday, September 10, 2009

Cerita Ramadhan

Sedar tak sedar dah genap 20 hari kita berpuasa.Cepatnya masa berlalu...hmmm~perasaan aku agak bercampur aduk sebenarnya...gembira sebab bakal menyambut Aidilfitri bersama keluarga tercinta nak2 dengan kehadiran cahayamata kami, faris.. tapi dalam masa yang sama agak sedih sebab tak lama lagi papa akan kembali menunaikan tanggungjawab sebagai peniaga yang cemerlang dan terbilang.

Mesti tertanya kenapa nak sedih papa balik meniaga kan? Meh aku bagitau sebab musababnye:

1. Takde lagi org yang datang jemput aku kat opis...lepas raya sure kena balik sendiri naik LRT yang sesak ituww..sighh~
2. No more lovey-dovey time dating berdua sebab papa mesti balik lambat tetiap hari.
3. Faris mesti rindu nak main2 dengan papa dia sebab dah terbiasa whole day papa ada kat rumah


4. Memasak bukan lagi aktiviti kegemaran harian aku sebab aku hanya masak untuk aku dan maid aje...papa dah makan kat kantin. Jadi tak perlu masak sebanyak ini..membazir aje!



5. Nak ajak papa pegi mana2 pasti akan menyukarkan aku kelak...huhuuu~


Tapi nak buat macam mana kan...papa perlu kembali jugak meniaga kalo tak camna plak nak carik duit utk kami ni..



Eh silap....kami ni patutnya...hehe~ note: gambar recycle!


Aku dahla boros...beli ini..(hehe...tapi aku gembire berjaya beli crocs utk faris...crocs pirate of carribean lagi~)







beli itu, ye bende kuning ituu...dan macam2 lagila...aku rasa kalo cerita mmg geleng kepala punyala....boros...boros!



Jadi nak tak nak haruslah aku relakan jugak papa kembali mencari rezeki.

Akan ku tunggu kedatangan Ramadhan tahun depan....tapi mungkin kemana kami pergi faris pasti akan mengikut sebab maklumlah time tu faris dah pandai jalan dan banyak akal. Takpe....musim dah berubah....kalau faris nak ikut kemana kami pergi....bawak aje~

2 comments:

  1. hehe. marina-marina.. manja gak ko ni rupanya. hehe

    ReplyDelete
  2. thalha....sesekali nak jugak bermanja-manja dengan suami...hehe~

    ReplyDelete